LAWATAN KERJA RASMI PPD KINTA SELATAN 2010

Sunday, April 11, 2010

LAWATAN KERJA RASMI PPD KINTA SELATAN

Program Lawatan Kerja Rasmi PPD Kinta Selatan ke SMK Kampar telah berlangsung pada 08 April 2010 (Khamis) bermula jam 7.30 pagi sehingga 5.00 petang. Program lawatan rasmi ini akan dikunjungi olen Pegawai PPD Kinta Selatan iaitu Yang Berusaha Kapten Dr.Haji Ahmad Damanhuri b Ibrahim serta beberapa pegawai lain.

Antara tujuan lawatan rasmi ini ialah sebagai salah satu usaha untuk memotivasikan para pelajar agar meningkatkan prestasi akademik dan kokurikulum bagi tahun 2010 ini disamping memastikan jentera pengurusan & pentadbiran, kepimpinan di SMK Kampar sentiasa proaktif demi meningkatkan pencapaian semua bidang. PPDKS turut menyampaikan sijil penghargaam kepada empat pelajar yang bakal cemerlang dalam PMR & SPM 2010 kelak. Ini berdasarkan pencapaian dalam TOV, HeadQount & ujian bulanan yang lalu. Adalah diharapkan sesi lawatan ini akan memberi manfaat kepada sekalian warga guru dan pelajar.